Sunday, November 23, 2014

Short Film 'INSAF' (conscious)



Filem pendek ini adalah Projek Tahun 6 Cemerlang (SK. Surati, Papar) selepas UPSR. Ini adalah projek usahasama yang pertama menggabungkan 'ademiedia' dengan 'KS Produksi' (http://ksproduksi.blogspot.com). Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Luqman kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk membikin filem pendek ini. Terima kasih juga kepada sahabat saya Azmi Ladis (YouTube: https://www.youtube.com/user/azmiladis , Facebook: https://www.facebook.com/azmiladis) kerana menjemput KS Produksi untuk menjayakan projek filem mini ini. Tidak lupa kepada abang Abdul Kamil Osman (Facebook: https://www.facebook.com/abdulkamil.osman) kerana sudi menerima undangan berlakon dalam filem pendek ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurus Projek, Zubaidah Ramley (Facebook: https://www.facebook.com/lunazura) atas teguran dan bimbingan yang diberikan.

Hampir keseluruhan filem pendek ini dirakamkan menggunakan kamera Canon EOS 60D. Kamera Sony NEX 3 digunakan sebagai kamera kedua dan GoPro untuk rakaman babak kereta. Manakala suntingan pula menggunakan perisian Adobe Premiere Pro CS6 dan Adobe After Effects CS6. Warna dalam filem ini diwarnakan semula menggunakan Magic Bullet Colorista Free 1.0.2 (http://www.redgiant.com/products/all/magic-bullet-colorista-free/).

Original Link: http://youtu.be/skciSFZIzvc

© All Rights Reserved. Any unauthorize copy, usage or reproduce of the image are strictly prohibited

Kamarul Saffiq Kamarudin
Photographer
KSProduksi
Tel : +6017 687 6778
Base/Location : Papar, Sabah